Gambaran umum Spin-off (media)

Penceritaan menyempal ini telah lama wujud dalam alam Melayu misalnya melalui wayang kulit dengan adanya cerita ranting iaitu kisah-kisah disampaikan tok dalang yang menyimpang atau "ranting" dari cerita Hikayat Seri Rama atau ditokok tambah dari Hikayat Maharaja Wana yang asal (atau cerita pokok) namun masih ada menampilkan seberapa watak yang sama.[6][7]

Media moden yang mula menerapkan penceritaan ranting dicetuskan di dunia Barat pada tahun 1941 dengan tersiarnya rancangan radio The Great Gildersleeve (1941–1957) memaparkan watak Throckmorton P. Gildersleeve yang pernah dari siri komedi Fibber McGee and Molly di Amerika Syarikat.[8][9]